Header Ads

maskhead_ads_728x90_amanpalestin

Presiden FAM bukan koyak tapi bertanggungjawab

03tmjgbfc.transformed
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akui turut gembira di atas kejayaan skuad negara apabila membelasah Bhutan 7-0. - Foto Osman Adnan

Ramai yang memperkatakan DYAM Tunku Mahkota Johor berhati tisu, cepat koyak, sensitif terhadap kritikan sehingga mengambil keputusan melepaskan jawatan Presiden FAM akibat kejatuhan 'ranking' bolasepak Malaysia pada kedudukan 178 dunia. Tetapi jika dilihat pada sudut positif, tindakan baginda sebenarnya adalah atas dasar tanggungjawab meskipun telah membawa perubahan yang besar dalam struktur bolasepak Malaysia sejak memegang jawatan Presiden FAM.

Perubahan ketara pencapaian baginda adalah dengan menarik penajaan untuk Liga Malaysia yang dilihat juga sebagai satu sejarah apabila mencapai persetujuaan penajaan lebih RM480juta selain usahasama-usahama yang dibawa termasuk kerjasama dengan LA Liga, Pembangunan Akar Umbi, Hak Penyiaran dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, prestasi skuad kebangsaan dan kedudukan 'ranking' bolasepak negara telah menjadikan landasan kepada penyokong bolasepak Malaysia untuk menidakkan kemampuan baginda dalam FAM yang dilihat sebagai Tunku Mahkota Johor dan sebagai Pemilik JDT, bukan sebagai Presdien badan induk bolasepak Negara.

Sumber: FIFA.com

Untuk rekod, Presiden FAM terdahulu telah mengharungi naik turun pada kedudukan 'ranking' malah masih kekal sebagai presiden untuk berpenggal-penggal sehingga lebih 30 tahun. Sepanjang tempoh itu juga, pelbagai kecaman dan kritikan dilemparkan, namun masih kekal memegang jawatan. Perletakkan jawatan juga adalah sebab faktor usia dan kesihatan bukan kerana prestasi mahupun kegagalan.

 
Sumber: FIFA.com

Jika peralihan kuasa waktu kini, pentas media sosial dijadikan tempat untuk semua pencinta bolasepak melahirkan kritikan tidak kira waktu siang dan malam meskipun ada yang mengutarakan kebaikan dan pandangan positif bolasepak negara. Apapun kejayaan skuad kebangsaan, ianya harus dinilai berdasarkan prestasi semasa, kemampuan, dan aset yang dimiliki.

Tahniah DYAM Tunku Mahkota Johor, kerana mengambil segala tanggungjawab dan bertanggungjawab terhadap kedudukan, keputusan, dan segalanya mengenai pasukan bolasepak Malaysia.
Dikuasakan oleh Blogger.