JDT terus kukuhkan kedudukan di persada Liga Super
JOHOR BAHRU: Sasaran Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk memburu kemenangan kelima berturut pada saingan Liga Super menjadi realiti sekali gus kekal selaku pendahulu liga selepas menewaskan Selangor 2-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Selepas menewaskan Kelantan 2-1 Jumaat lalu, skuad kendalian Raul Longhi melebarkan kemenangan dengan menjadikan Gergasi Merah sebagai mangsa kelima dalam saingan liga.
Longhi bagaimanapun kurang berpuas hati dengan corak permainan babak pertama anak buahnya yang kerap gagal menemui sentuhan penyudah walaupun menguasai keseluruhan perlawanan hingga pelawat yang dibimbing Nazliazmi Nasir tidak berpeluang mengacah benteng JDT.
"Pada babak pertama, pemain kerap buat kesilapan terutama pergerakan dan umpanan bola yang tidak tepat sehingga usaha untuk mencari gol menemui jalan buntu. Saya nampak mereka kurang selesa.
"Bagaimanapun apabila bersambung pada babak kedua, semuanya berubah dengan pergerakan bola lebih lancar dan pemain kerap saling bertukar arah dan mengelirukan lawan. Kesempatan itu kita gunakan untuk menjaringkan dua gol.
"Apa yang penting pemain turun untuk menang dan kekuatan mental serta keinginan untuk memastikan tiga mata tidak terlepas," katanya.
Longhi menambah kelicinan gerakan di posisi tengah terutama corak permainan Nazmi Faiz Mansor, Natxo Insa dan Hariss Harun pada babak kedua yang menjana gerakan selain memberi sokongan kepada Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera dan Ahmad Hazwan Bakri.
Menurutnya, formasi 4-3-3 yang diterapkan pada perlawanan itu memberi kesan positif dan penguasaan di posisi tengah memudahkan mereka menekan benteng lawan yang jelas bertungkus lumus mengekang asakan JDT.
Bagaimanapun, beliau menegaskan benteng pertahanan yang diterajui Marcos Antonio dan Aidil Zafuan Abd Radzak harus lebih berwaspada dengan serangan pantas pemain Selangor yang hampir menjaringkan gol menerusi Rufino Segovia.
"Memang taktikal yang dirancang untuk menyerang tetapi kita kena berwaspada apabila pasukan lawan melakukan serangan pantas, kita mungkin terperangkap dan saya harus mengemaskan lagi benteng bagi mengelak ia tidak berulang," kata Longhi. - BH ONLINE

PEMAIN JDT, Muhammad Nazmi Faiz Mansor meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. - Foto Mohd Azren Jamaludin |