Header Ads

maskhead_ads_728x90_amanpalestin

World Cup 2018: Rekod England ketika menentang Panama


NIZHNY NOVGOROD: England membelasah Panama 6-1 untuk memecah rekod buat skuad Three Lions itu, malam tadi.

Harry Kane muncul pemain ketiga yang meledak hatrik di Piala Dunia bersama England untuk menyertai kelab elit yang disertai Garry Lineker (1986)  dan Geoff Hurst (1966).

John Stones meledak dua gol dan Jesse Lingard mencetak satu gol untuk membantu England mengesahkan tiket ke peringkat 16 terbaik.

Berikut adalah rekod yang dilakar England selepas aksi terbabit.
  • Persembahan yang didominasi England itu adalah kemenangan terbesar mereka di Piala Dunia.
  • Lionel Messi meledak lima gol di Piala Dunia dalam tempoh 1444 minit namun Harry Kane melakukannya hanya dalam 152 minit.
  • Kali terakhir England meledak empat gol di Piala Dunia adalah pada final 1966 bertemu Jerman.
  • Ini adalah keputusan terbesar dilakar England di Piala Dunia pada era ke-21.
  • Harry Kane menyumbang lima peratus daripada keseluruhan gol yang dilakar England sepanjang penyertaan di Piala Dunia.
  • John Stones muncul pemain Manchester City kedua menjaringkan gol buat England di Piala Dunia sejak ia dilakukan julung kalinya oleh Trevor Francis pada 1982.
  • Jordan Henderson menyempurnakan tiga terjahan mengatasi semua pemain Panama di separuh masa pertama.
  • Kane menjadi pemain pertama England yang menyempurnakan penalti di Piala Dunia selepas David Beckham ketika menentang Argentina pada 2002.

-Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.