Header Ads

maskhead_ads_728x90_amanpalestin

3 kesilapan kenyataan Menteri dalam isu pelepas pemain B23 Negara



Semalam, Kementerian Belia dan Sukan mengeluarkan satu kenyataan media bertulis mengenai isu pelepasan pemain bola sepak yang akan bertanding dalam acara itu di Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung di Indonesia bulan hadapan.

Kenyataan yang dikeluarkan itu, dilihat oleh ramai pihak dan berjaya mengesan beberapa kesilapan yang boleh mengelirukan banyak pihak. Gambar dibawah ini adalah kenyataan media yang dikeluarkan semalam.



3 Kesilapan Besar Kenyataan Media Dari KBS Berkenaan Isu Pelepasan Pemain Bola Sepak Ke Sukan Asia 2018.

1. Bukan Dalam Kalendar FIFA

Kejohanan bola sepak Sukan Asia 2018 itu tidak tersenarai dalam kalendar pertandingan FIFA.

Disebabkan tiada dalam kalendar FIFA, bermakna kejohanan itu tidak diiktiraf oleh FIFA dan pasukan atau kelab pemain tersebut tidak diwajibkan untuk memberi pelepasan.

Sebarang urusan pelepasan pemain adalah tertakluk kepada budi bicara pasukan atau kelab tersebut, dan jika tidak dilepaskan sekalipun tiada apa-apa tindakan boleh dikenakan.

2. Tiada Kesan Kepada Mata FIFA Ranking

Selain itu, kejohanan bola sepak Sukan Asia 2018 itu juga adalah kejohanan khas untuk pemain-pemain bawah 23 tahun dengan kelonggaran diberikan kepada setiap pasukan untuk menyenaraikan 3 pemain lebih umur.

Sebarang kejohanan bola sepak bawah umur tidak akan memberikan sebarang kesan atau impak kepada pungutan mata serta kedudukan FIFA ranking Malaysia.

3. Campur Tangan Kerajaan Akan Mengundang Padah

Tindakan Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia itu juga dilihat seolah-olah pihak kerajaan cuba untuk masuk campur dalam urusan bola sepak dan perkara ini adalah dilarang keras oleh FIFA.

Jika disabitkan kesalahan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan digantung oleh FIFA dan tidak dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti bola sepak mengikut jangka masa hukuman yang dikenakan sepeti yang pernah berlaku kepada Kuwait.

Diharapkan semoga Syed Saddiq serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam mengeluarkan kenyataan itu lebih berhati-hati dan merujuk kepada mereka yang lebih arif dalam bidang bola sepak supaya isu seperti ini dapat dielakkan dimasa depan.

Dikuasakan oleh Blogger.