Header Ads

maskhead_ads_728x90_amanpalestin

Sambutan Kejuaraan buat Juara 5 Kali Liga Super Malaysia

Image may contain: 5 people, people smiling

Johor Darul Ta'zim dengan gayanya tersendiri meraikan kejuaraan untuk kali kelima berturut-turut Liga Super Malaysia untuk musim 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 di hadapan ribuan penyokong bolasepak Harimau Selatan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Seperti sudah menjadi kebiasaan, kelaziman, dan kesinambungan, sambutan yang penuh gilang gemilang ini adalah bagi meraikan bersama kejuaraan bersama penyokong setia JDT atas sokongan yang tidak berbelah bagi.

Lebih manis, kejayaan tahun 2018 adalah apabila pasukan JDT melakar dua (2) sejarah baru bolasepak tanahair iaitu menjuarai kejohanan 5 musim berturut-turut dan menjadi satu pertama dari Malaysia yang akan beraksi di Kejohanan Liga Juara-Juara AFC iaitu kejohanan tertinggi di Asia.

Kejayaan dan kegembiraan ini pastinya adalah hasil usaha dan sokongan tertinggi oleh kebawah Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.  Semestinya, segala jatuh bangun pasukan, menang kalah dan setia bersama pasti menjadi titik tolak kejayaan ini.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pemain, pengurusan kejurulatihan, pengurusan JDT, dan para penyokong. !!!

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing

Image may contain: 1 person


Dikuasakan oleh Blogger.