Header Ads

maskhead_ads_728x90_amanpalestin

Tun M beri lampu hijau guna naturalisasi sertai HM tapi bersyarat

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. - Foto Eizairi Shamsudin.

Perdana Menteri menegaskan skuad bola sepak kebangsaan boleh mengambil pemain naturalisasi tetapi langkah itu tidak sampai menyisih bakat tempatan.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika dilihat banyak negara lain juga mengambil pemain naturalisasi untuk menyertai skuad bola sepak masing-masing.

"Sekarang ini, semua pasukan bola sepak ini ambil pemain daripada mana-mana negara.

"Sebab itu, kita nampak banyak orang putih yang hitam. Jadi, kalau kita ambil (pemain naturalisasi) tidak apalah.

"Tetapi, jangan kita ambil sebelas orang itu datang dari negara lain. Kita (bakat tempatan) kena main sama," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Cadangan untuk mengambil pemain naturalisasi yang diluahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini dilihat kurang mendapat sokongan daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahukan pemain tempatan sendiri menjulang nama Malaysia dalam sukan bola sepak.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menyifatkan pengambilan pemain naturalisasi sebagai langkah paling tepat untuk memperbaiki kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.

Biarpun penggunaan pemain naturalisasi baru di peringkat cadangan oleh FAM, rata-rata peminat bola sepak tempatan menyambut baik langkah itu.

Berdasarkan undian umum yang dibuka sejak Rabu lalu menerusi laman sosial media Facebook Harian Metro, 68 peratus daripada 2,800 undian menyokong cadangan itu.

Sementara undian di Twitter Harian Metro pula menyaksikan daripada 1,120 undian, sebanyak 69 peratus menyokong untuk memberi kerakyatan kepada pemain luar bagi menyarung jersi Harimau Malaya. - BH

Dikuasakan oleh Blogger.