Header Ads

maskhead_ads_728x90_amanpalestin

Asian Games 2018: Insiden pergaduhan tak ganggu fokus skuad B23

Aksi Skuad B23 Tahun ketika menang ke atas UAE pada ahad lalu. Foto: FAM

Pertahanan skuad B-23 negara, Adam Nor Azlin, berkata mereka sudah melupakan insiden pergaduhan kelmarin sambil menegaskan mental semua pemain berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi Sukan Asia Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

Skuad B-23 negara dipalit dengan isu pergaduhan menjelang Sukan Asia 2018 apabila insiden tercetus dalam aksi persahabatan dengan skuad B-23 Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu, yang membabitkan pemain dan pegawai pada penghujung permainan.

Ketika insiden itu tampak mampu memberi kesan psikologi kepada pemain negara dalam temasya berkenaan, Adam bagaimanapun menyuarakan pandangan sebaliknya.

"Perkara itu sudah lepas dan kami tidak mahu terlalu memikirkannya.

"Saya harap ia dijadikan pengajaran dan pastikan tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Insya-Allah, kami sudah bersedia untuk mengharungi Sukan Asia," katanya.

Pandangan sama turut disuarakan penyerang, R. Kogileswaran, dan bagi penyerang Pahang itu, kejayaan menundukkan UAE selaku pasukan handalan Asia memberi suntikan semangat untuk mereka mengharungi cabaran getir di Indonesia nanti.

"Semua pemain cukup fokus dan teruja untuk beraksi pada 15 Ogos ini (menentang Kyrgyzstan) dalam Sukan Asia.

"Mental dan fizikal pemain berada di tahap kemuncak kerana masing-masing mempunyai mentaliti yang positif.

"Kemenangan ke atas UAE nyata menambah semangat untuk kami menghadapi perlawanan sulung nanti," kata Kogileswaran.

- Stadium Astro
Dikuasakan oleh Blogger.