Header Ads

maskhead_ads_728x90_amanpalestin

Asian Games 2018: Kim Swee tetap waspada ancaman Kyrgyzstan

Kim Swee ketika sesi latihan bersama skuad Bawah 23 Tahun. Foto: FAM

Pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, menjangkakan Kyrgyzstan tetap mempunyai kualiti dan kekuatan tersendiri menjelang aksi pembuka tirai Kumpulan E, Sukan Asia 2018, esok.

Berdasarkan prestasi semasa, tidak banyak yang dapat diketahui mengenai kemampuan Kyrgyzstan dengan aksi terakhir mereka yang lalui adalah perlawanan persahabatan menentang Brunei serta Indonesia, hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, Kim Swee berpandangan lawan pastinya menyenaraikan kesebelasan terbaiknya malam esok.

Seandainya mampu meraih mata penuh, ia akanmemberikan kedudukan yang selesa buat Malaysia sekiranya ingin cuba melepasi peringkat kumpulan dalam temasya kali ini.

"Kami tahu corak permainan Kyrgyzstan memiliki sedikit persamaan dengan negara-negara seperti Uzbekistan dan Tajikistan, jadi kami tidak boleh mengambil mudah.

"Mereka adalah pasukan yang kuat. Walaupun tidak layak ke Kejohanan AFC, mereka mempunyai barisan pemain yang berkualiti. Kami juga perlu meneliti taktikal untuk aksi esok dengan sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, Kim Swee juga yakin pasukan kendaliannya tidak terkesan dengan tempoh perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur ke Bandung, semalam.

Skuad negara menjadi pasukan terakhir yang tiba di hotel penginapan mereka tatkala Korea Selatan, Bahrain serta Kyrgyzstan tiba sehari lebih awal.

Bagi Kim Swee, sesi latihan rasmi di Stadium Gelora Bandung Lautan Api perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam menyesuaikan diri dengan suasana di venue pertandingan.

"Jurang perjalanan sepatutnya tidak begitu lama tetapi disebabkan kami perlu ke Jakarta, ia memerlukan masa yang panjang. Bagi saya, pemain-pemain menikmati rehat yang mencukupi, terutama pada pagi ini," tambahnya.

Sebelum itu, sesi latihan rasmi pasukan Kyrgystan turut berlangsung di gelanggang yang sama.

Namun, pihak media tidak diberi kebenaran untuk membuat liputan sesi berkenaan dan pegawai pasukan enggan memberikan sebarang kenyataan.

- Stadium Astro
Dikuasakan oleh Blogger.