Luciano Figueroa puji aksi pemain JDT selepas benam Kedah
Figueroa ketika aksi latihan bersama pasukan di Stadium Tertutup Dato' Sulaiman Mohd Noor. Foto: JOHOR Southern Tigers. |
Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, Luciano Figueroa memuji aksi pemain-pemainnya selepas berjaya bangkit dari kekalahan minggu lalu untuk benam Kedah di laman sendiri dengan jaringan besar 5-1.
Perlawanan tersebut merupakan aksi pertamanya selaku Pengurus dan Ketua Jurulatih bersama Benjamin Mora dan dibantu oleh Hamzani Omar selaku Penolong Jurulatih yang baharu menggantikan Raul Longhi yang direhatkan. Figueroa tidaklah terlalu panik selepas dilantik mengemudi JDT sebaliknya tugas bersama itu diselesaikan bersama dengan para pemain.
Pemain telah lakukan dengan sebaik mungkin dari segi corak permainan, dalam latihan dan persiapan kerana kita perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Ia juga untuk meningkatkan lebih lagi prestasi pada masa akan datang dan sentiasa memantapkan pasukan bagi tempoh jangka masa panjang.
Kemenangan besar tersebut turut disaksikan oleh lebih 9,000 penyokong setia JDT yang hadir menyaksikan kebangkitan JDT. Kemunculan semula Hariss Harun selaku Kapten Pasukan di bantu Nazmi Faiz di bahagian tengah ternyata memberi kesegaran baharu dalam skuad JDT.
Kami perlu fokus dan memberikan 100 peratus dalam setiap latihan dan para pemain telah menunjukkan komitmen yang amat baik. Ini adalah satu tanda yang positif.