Header Ads

maskhead_ads_728x90_amanpalestin

Malaysia Cup 2018: Daya bertahan MIFA kejutkan juara bertahan



Perlawanan pembukaan kumpulan C, unifi Piala Malaysia 2018 memberi sedikit kejutan buat Johor Darul Ta'zim FC selaku juara bertahan selepas tewas tipis 1-2 kepada pendatang baru, MISC-MIFA yang juga pasukan dari Liga Premier 2018.

MISC-MIFA datang sebagai pasukan underdog, bermain bermati-matian untuk mengejutkan juara 5 kali berturut Liga Super Malaysia di hadapan penyokong sendiri di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.

Meskipun ketiadaan kapten pasukan, Hariss Harun, JDT yang menguasai penuh perlawanan bermula baik dengan beberapa serangan pantas ke kubu pelawat. Namun dikekang hebat oleh pertahanan lawan yang ampuh dan kukuh. Percubaan pertama hadir seawal minit kedua selepas bola lontaran jauh Corbin Ong tepat kepada Fernando Marques namun tandukan pemain import dari Argentina itu sekadar melewati palang gol.

Ahmad Hazwan Bakiri juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memberi tekanan kepada pelawat selepas bertindak merembat bola leret pada minit kelima namun penjaga gol, Mohd Muhaimin Mohamad sempat merebahkan badan dan menangkap bola kemas.

Selang sela serangan, MIFA turut membuat percubaan dan counter attack pantas sehingga berjaya menemui jaringan pendahuluan pada minit 18 selepas Marcos Antonio gagal mengawal pergerakkan penyerang pelawat Kpah Sherman untuk menewaskan Farizal Marlias untuk gol pertama.

Perlawanan sedikit cacat apabila banyak pemain-pemain pelawat mengalami kecederaan sehingga memaksa perlawanan dihentikan.

Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor
Foto; JOHOR Southern Tigers.

Babak kedua turun dengan strategi baru dengan berhadapan pelawat yang bermain bertahan sepenuhnya bagi mengawal kubu dan gawang. Pertahanan juga dibarisi hampir 6 pemain. Dalam kelam kabut mencari gol, berpunca daripada bola lontaran Corbin menyebabkan terkena tangan kapten B Tinagaran pada minit ke-69 menyaksikan pengadil perlawanan Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Fernando Marquez yang ditugaskan mengambil sepakan penalti itu tenang menyepak bola menewaskan Mohd Muhaimi untuk mengikat kedudukan 1-1 pada minit 68.

Berbaki 10 minit, dalam kerancakkan buruan gol, pelawat turut membuat serangan balas pada minit ke-80, memerangkap benteng tuan rumah selepas gerakan menarik L'Iman Seydi membuka ruang untuk Bae Beom-guen melencongkan bola tepat ke penjuru kanan gol menewaskan Farizal untuk kembali di depan.

Rentak perlawanan sekali lagi di lengahkan oleh para pemain pelawat yang mengalami kecederaan dan perlawanan dihentikan. Akibat dari itu, pengadil perlawanan memberikan 6 minit masa tambahan, namun kedudukan kekal sehingga wisel penamat.
Dikuasakan oleh Blogger.