Kecederaan Marquez dilaporkan stabil tapi perlu pemantauan
PEMAIN JDT, Fernando Andres Marquez dibawa keluar selepas mengalami kecederaan pada aksi perlawanan Piala Malaysia menentang MIFA di Stadium Shah Alam. - NSTP/Aswadi Alias |
Pemain Import JDT, Fernando Marquez dilaporkan stabil dan kini terus dalam pemerhatian. Demikian kenyataan Pengurus & Ketua Jurulatih JDT, Luciano Figueroa di laman sosial rasmi JOHOR Southern Tigers hari ini.
Marquez yang mengalami kecederaan serius selepas pelanggaran bersama pertahanan MIFA dalam perebutan bola di depan gawang gol. Pengadil turut menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan dengan jayanya oleh Cabrera.
Sebahagian pemain JDT berada di perkarangan kecemasan di KPJ Hospital. Foto: JST |
Walaubagaimanapun, Marquez terus dikeluarkan dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Healthcare untuk rawatan lanjut. Ketiadaan Marquez telah digantikan Hazwan Bakri untuk meneruskan perlawanan.
Dalam perkongsian di Laman sosial rasmi JDT, selepas tamat perlawnan, semua pemain JDT membuat lawatan ke Hospital KPJ bagi memberi kata-kata semangat dan kemenangan 3-0 adalah hadiah buatnya.
Figueroa dalam kenyataan sama juga mengucapkan tahniah kepada semua pemain di atas padang atas komitmen yang ditunjukkan dan semangat juang untuk terus memburu jaringan meskipun dibarisi pertahanan lawan dan taktikal bertahan.
Terima kasih juga ditujukan kepada para penyokong yang hadir memberi sokongan dan dokongan buat pasukan tidak kira menang atau kalah.
Semoga cepat sembuh Marquez. Foto: JST |