Malaysia Cup 2018: JDT bawa bekalan satu gol ke Larkin
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berpuashati dengan bekalan satu gol untuk di bawa ke Larkin bagi aksi Suku Akhir Ke2 selepas berjaya mengikat Pahang 1-1 di Stadium Darul Makmur.
JDT berjaya mencipta beberapa peluang pada babak pertama antaranya menerusi sepakan percuma Safawi Rashid yang sedikit melewati palang. Selang beberapa minit kemudian, Fernando Elizari nyaris mencipta gol namun rempatannya berjaya ditepis keluar Helmi Heliza.
Pasukan tuan rumah tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengasak ke kubu pelawat. Pergerakkan menarik melalui M. Sumareh di sebelah kiri yang melorongkan ke tengah kemudian disambut Norshahrul. Walaubagaimanapun berjaya ditampan keluar oleh Azrif Nasrulhaq.
JDT terlebih dahulu mencipta gol pada minit 46 menerusi Gonzalo Cabrera hasil lorongan Hazwan Bakri untuk menewaskan Penjaga gol tuan rumah, Helmi Heliza.
Pada masa kecederaan, kesilapan pertahanan dan penjaga gol, Farizal Marlias membawa padah apabila Safuwan Baharuddin pantas menanduk masuk gol penyamaan pada minit 92 untuk menyaksikan keputusan penuh perlawanan Pahang 1-1 JDT.
Suku Akhir ke2 akan berlangsung pada 29 September 2018 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin dengan sepak mula jam 9.00 malam.
-