Presiden FAM hadir rasmi Seminar Pembangunan Bolasepak Belia
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin hari ini hadir bagi merasmikan Seminar Pembangunan Bola Sepak Belia. Seminar tersebut merupakan anjuran Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) dengan tema 'Trend Moden Pembangunan Belia' di Hotel TH, Kelana Jaya dan berlangsung selama 4 hari bermula hari ini.
Dato' Haji Hamidin dalam ucapannya, berkata peranan jurulatih amat penting untuk menjadi pendidik bagi mencungkil pemain berkaliber pada masa akan datang.
"Oleh itu saya sememangnya menyokong agar seminar seperti ini perlu diperbanyakkan kerana tugas jurulatih itu amat penting untuk kite melahirkan pemain-pemain berbakat negara," katanya. - Sumber: Official FAM